­

The Giving Project with UNGGAS KL

by - March 25, 2016




Assalamualaikum readers!.

Baru-baru ni saya berkesempatan untuk menyertai satu program amal diketuai oleh NGO Unggas KL. We called this programe as 'The Giving Project' dimana fokus utamanya adalah mengagihkan makanan kepada rakan-rakan jalanan di sekitar masjid Jamek,KL. It was a valuable experience for me sebab jarang-jarang sekali dapat merasa pengalaman macam ni. Sebelum ni dah banyak kali terlibat dengan program macam ni, cuma berbeza organizer lah. Antara NGO yang pernah saya sertai adalah PAFI, MVM, NASI LEMAK PROJECT and many more. Dengan Unggas pun dah banyak kali saya join secara walk in dan juga bekerjasama dengan mereka. Maknanya saya bawak geng lah, kumpul dana dan minta bantuan diorang untuk salurkan dana tersebut kepada yang sepatutnya.



Jadi untuk program baru-baru ni, saya join under one of society in my university and person in charge nya senior saya sendiri, kak Aton :-). Basically, pukul 5 pagi kami dah gerak dari Nilai University untuk ke masjid Jamek. Sepatunya gerak pukul 4.hehe. Sampai sana terus jumpa Mami, orang kuat 'The Giving Project'. Kak Vimmi which is president UNGGAS tak dapat datang hari tu. Kalau tak boleh dengarr die bercerita.hehe

Masa kiteorang sampai sana, dah ramai volunteers tengah membantu. Ada dari IKBN dan juga secara walk in. The Giving Project ni base dia dekat Masjid Jamek so setiap pagi ahad dari pukul 4am sampai 8am diorang akan mula buat persiapan untuk agihkan makanan dekat rakan-rakan jalanan sekitar masjid. Basically apa yang diorang buat starting pukul 4am adalah packing makanan. Dalam 1 pek makanan tu diorang masukkan sebungkus nasi lemak, kuih muih, dan air mineral. Untuk hari yang saya pergi tu sahaja diorang dah agihkan sebanyak 300++ .



Dekat dalam masjid ni pun diorang agihkan makanan. Bukan luar sahaja. Untuk sesiapa sahaja yang berminat nak membantu samada dari segi tenaga ataupun kewangan boleh rujuk info dekat FACEBOOK kak Vimmy. Boleh direct pm dia kalau nak tanya apa-apa. Untuk yang 1st time nak volunteer dekat sini, takyah risau sebab sebelum program bermula akan ada short briefing dari team sana. Diorang juga akan lead kita untuk agihkan makanan dekat rakan-rakan jalanan. Jangan risau diorang takkan tinggalkan kita sorang-sorang.hehe


Jadi untuk siapa-siapa yang tengah boring, takda idea nak buat apa during weekend. I memang suggest dekat you all semua, pergilah bantu dekat 'The Giving Project'. Selain dapat meyumbang tenaga, korang juga dapat muhasabah diri :-). Kiteorang pergi ni selepas subuh, masih pagi lagi jadi kebanyakkan daripada mereka masih tidur. Kalau korang pergi malam, ada chance lah untuk berbual dengan mereka. Tetapi tidak digalakkan untuk pergi malam kecuali dengan pengawasan orang yang sepatutnya (berpengalaman) risau terjadi apa-apa yang tidak diingini. 


Team Nilai University




Program habis dalam pukul 8 after sharing session kami bertolak balik. Sepanjang perjalanan balik nilai, tahu apa saya buat? TIDOOOO






You May Also Like

0 comments